IzwaN |

Bukan Mudah Menjadi Suami

on 11 January 2013

suami, merupakan, pemimpin, kepada, isteri

Wahai lelaki,
Bukan mudah menjadi suami,
Satu amanah dipikul selepas melafaz akad,
bertambah lagi satu tanggungjawab.

Bukan mudah menjadi seorang suami,
Harus bertanggungjawab terhadap keluarga, Ibu dan juga Isteri,
membahagiakan mereka berdua,
mentaati ibu dan juga menjaga hati isteri,

Bukan mudah menjadi seorang suami,
Harus mendidik isteri dan anak-anak ke jalan ALLAH,
Memberi makan isteri dan anak-anak dari rezeki yang halal,
Melayan isteri dengan sabar dan ikhlas,
Harus memimpin rumah tangga dengan kebijaksanaan dan penuh perasaan.

Begitulah sang suami..

“Ingatlah bahawa manusia yang baik adalah yang baik pada keluarganya, dan lelaki yang baik adalah yang baik pada isterinya.”

{ 5 comments... read them below or add one }

  1. Alhamdulillah... Bukan semua lelaki menyedari tanggungjawab sebenar seorang suami. Beruntunglah isteri lelaki yang menunaikannya.

    ReplyDelete
  2. kapal terbang landing sini ya:)


    Satu amanah dipikul selepas melafaz akad,

    ayat 2 paling kina setuju:)


    amanah yang besar sebagai nakhoda yang akan menentukan laluan dan jalan kehidupan..

    ReplyDelete
  3. yup.. bukan mudah juga utk jadi isteri.

    ReplyDelete
  4. maybe org laen ingt nk kawen tu sng je..
    tp kena ambk benda yg lepas kawen tu...
    tanggungjawab yg besar...

    ReplyDelete
  5. dan bukan mudah juga untuk menjadi seorang isteri.

    p/s: salam follow.:)

    ReplyDelete

 

Paparan Lain

   
 : Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© ! IzwaN !! | All Rights Reserved
D.I.Y Themes ByBelajar SEO